Sumber-Sumber Sejarah Rosulullah ﷺ

Berhubung dengan sumber-sumber sejarah Rasulullah ﷺ maka bagikan sebagai berikut:

Pertama:
Kitabullah (AI-Qur’an) adalah merupakan sumber utama untuk memahami kehidupan Nabi Muhammad ﷺ.

Pembahasan sejarah hidup Rasulullah ﷺ dalam al-Qur’an melalui salah satu cara berikut:

a. Memaparkan beberapa bagian dari kehidupab baginda ﷺ, seperti ayat-ayat yang diturunkan mengenai peperangan Badar, Uhud, al Khandaq atau al Ahzab . Juga seperti kisah Pernikahan beliau dengan Zainab binti Jahsy.

Mengulas pertempuran-pertempuran dan kejadian-kejadian ini adalah untuk memberi penjelasan selanjutnya kepada apa yang dimusykilkan atau untuk menerangkan beberapa kesamaran tentang pertempuran dan peristiwa-peristiwa atau untuk menarik perhatian umat Islam terhadap sesuatu iktibar.

Sebenarnya semuanya ini mempunyai makna dan hubungan yang erat kaitannya dengan sejarah dan riwayat hidup Rasulullah ﷺ.

Kesemuanya ini menampakkan kepada kita sebahagian besar daripada aspek-aspek kehidupan Rasulullah ﷺ dan hal-hal yang bersangkutan dengannya.

Sebenarnya pembahasan Al-Qur’an Al-Karim tentang semuanya ini adalah ringkas dan padat, meskipun cara dan aliran pembahasan tadi kadang kalanya berlainan di antara satu sama lain namun begitu kesemuanya ini tetap memaparkan rangkai-rangkaian dan penerangan secara ringkas terhadap pertempuran dan kejadian yang bersejarah ketika itu.

Memang ini adalah jalan dan alur Al-Qur’an Al-Karim di dalam menceritakan perihal-perihal para Anbiya’ yang terdahulu dan umat manusia di zaman silam.

Kedua:
Kitab As-Sunnah As-Nabawiyyah (Hadits-hadits). Hadits-hadits Nabi yang sahih.

Hadits yang dimaksudkan di sini ialah isi kandungan Kitab-kitab Hadits yang terkenal dengan kebenaran dan amanahnya, seperti Kitab Hadits Al Muwatta’ oleh Imam Malik, Al Musnad oleh Imam Ahmad dan lain-lainnya.

Sumber yang kedua ini lebih luas dan terperinci dari yang pertama.

Sungguhpun begitu
mungkin kita tidak dapat memberikan suatu gambaran yang lengkap tentang kehidupan Rasulullah ﷺ sejak dilahirkan hingga wafat-nya karena beberapa sebab:

a. Oleh kerana Kitab-kitab Hadits ini disusun mengikut judul ataupun mengikut unit-unit kajian yang berkaitan dengan syari’at Islam maka hadits-hadits yang menceritakan tentang kehidupan Rasulullah ﷺ.

b. Oleh kerana para ahli hadits, terutamanya penyusun kitab hadits yang enam tidak memerhatikan soal ini ketika mengumpulkannya untuk disusun mengikut sejarah hidup Rasulullah ﷺ, apa yang mereka menitik beratkan ialah penyusunan mengikut judul-judul seperti yang disebut tadi.

(InsyaAllah bersambung….)
•┈┈➖•◈◉✹❒📚❒✹◉◈•➖┈┈•

وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين، وآخر دعوانا أن الحمد لله رب العالمين.

✍Ustadz Abu Salman Al-Kwasayni حفظه الله تعالى .

🌍 Di Bumi Allah LIMAN INDONESIA, Kamis 24 Jumadil Akhir 1438 H.

🌎www.bersih.or.id
📱Apk: bit.ly/2nzgGlN
🐦twitter.com/BERSIH_TV
📹youtube : bit.ly/2nQkBIm
🖼instagram.com/bersih.tv
📪telegram.me/berbaginasihat
🔵facebook.com/programbersih
🏡 goo.gl/maps/R41s4JW6C4N2
♻WA : Daftar Bersih Ketik
Nama#L/P#Alamat
Kirim 0857-7902-6345.

Facebook Comments

Leave a Reply

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *