Peranan dan Perlunya Riwayat Hidup Rosulullah ﷺ Dalam Memahami Islam (1)

Tujuan mengkaji riwayat hidup Rasulullah ﷺ dan penganalisaannya bukanlah semata-mata untuk melihat kejadian-kejadian dan episode-episode yang bersejarah ataupun memaparkan cerita cerita yang indah sahaja.

Oleh yang demikian tidak seharusnya kita menganggap kajian sejarah hidup Rasulullah ﷺ ini sama dengan membaca dan menalaah sejarah para pemerintah (khalifah)
di zaman purbakala.

Tujuan pokok dari kajian yang dimaksudkan ialah supaya setiap Muslim dapat memahami, menganggap dan menggambarkan bahawa hakikat zahir dan batin Islam semuanya teradun di dalam penghidupan Rasulullah ﷺ itu sendiri.

Gambaran dan anggapan ini akan timbul dan wujud
setelah seseorang Muslim itu dapat memahami dengan benar segala hikmah dan keistimewaan
prinsip-prinsip dan dasar-dasar Islam satu persatu terlebih dahulu.

Tegasnya kajian riwayat hidup ﷺ ini adalah suatu usaha mengumpul hakikat dan intisari dasar-dasar Islam kemudian memadan dan menyesuaikan
dengan contoh Islam yaitu Nabi ﷺ:
Sekiranya perlu kita bahagikan tujuan-tujuan ini maka bolehlah dibahagikan seperti berikut:

1. Memahami peribadi Nabi ﷺ menerusi penghidupan
dan suasana hidup Baginda sendiri.

Ini adalah untuk menentukan Nabi ﷺ bukan sebagai manusia pintar tetapi dianya adalah pesuruh Allah yang menerima Wahyu dan taufiq dari-Nya.

Supaya manusia seluruhnya dapat meniru dan mengikut suatu contoh yang unggul dalam segenap lapangan hidup yang harmoni, dari itu
juga dapat dijadikan sebagai dasar-dasar hidupnya.

Andaikata manusia ingin mencari suatu contoh terbaik bersifat universal, mereka akan dapat semuanya di dalam kehidupan Nabi ﷺ, maka tidak heranlah mengapa Allah menjadikan Nabi Muhammad ﷺ sebagai contoh kepada umat manusia.

Untuk hal itulah, maka Allah telah menegaskan dalam Kitab Suci-Nya:

(لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا)
“Sungguh, telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari Kiamat dan yang banyak mengingat Allah.”
(Al-Ahzab 33 :21)

Semoga kupasan tentang kehidupan Nabi Muhammad ﷺ mampu menolong manusia memahami dan memahami isi kandungan Al-Qur’an lantaran banyaknya ayat-ayat Al-Qur’an yang diuraikan dan ditafsirkan oleh kejadian dan peristiwa-peristiwa sejarah hidup Nabi Muhammad ﷺ.

Agar setiap Muslim dapat mengumpulkan seberapa
banyak yang boleh perbendaharaan kebudayaan dan pengetahuan Islam yang sebenarnya
dengan adanya pengetahuan bersangkutan dengan ‘aqidah kepercayaan, hukum dalam Islam.
(Berlanjut In Syaa Allah….)

————————————————
📚 الرخيق المختوم
•┈┈➖•◈◉✹❒📚❒✹◉◈•➖┈┈•

وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين، وآخر دعوانا أن الحمد لله رب العالمين

✍Ustadz Abu Salman Al-Kawasayni حفظه الله تعالى .

🌍 Di Bumi Allah Ruang Belajar, 24 Jumadil Akhir 1438 H.

🌐www.bersih.or.id
📱Apk: bit.ly/2nzgGlN
🐦twitter.com/BERSIH_TV
📹youtube : bit.ly/2nQkBIm
🖼instagram.com/bersih.tv
🏡 Lokasi : bit.ly/2mOm00e
📪telegram.me/berbaginasihat
🔵facebook.com/programbersih
♻WA : Daftar Bersih Ketik
Nama#L/P#Alamat
Kirim 0857-7902-6345.

Facebook Comments

Leave a Reply

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *